Trust yourself, trust your potential..
Ajaibnya kita... boleh dengan mudahnya percaya kepada seorang kapten kapal terbang.
Kita percaya beliau boleh menerbangkan sebuah pesawat yang besar dan berat dan kita meletakkan kepercayaan bahawa beliau mampu membawa kita melintasi dari sebuah negara ke negara lain, padahal kita tidak pernah pun mengenali kapten kapal terbang tersebut dan mungkin dihati tidak pernah pun terlintas untuk kenal siapakah dia yang telah membawa kita sampai ke destinasi yang kita tuju. Kita percaya bahawa dia berkebolehan dan kita tidak ragu untuk menaiki pesawat yang diterbangkan olehnya.
Sebagaimana kita yakin dan percaya kepada kapten kapal terbang tersebut, seperti itu jugalah kita meletakkan kepercayaan pada diri bahkan mungkin lebih tinggi lagi.
Kita yang mengawal diri kita. Walau kita hidup dalam lingkungan pakar motivasi sekalipun, setiap hari kita mendengar pesanan motivasi darinya.. tetapi jika kepercayaan pada diri kita sendiri sangat rendah, makanya kita tidak mungkin akan ke mana-mana.
Jika ketakutan dan keraguan sentiasa digilap dalam diri, peluang untuk berjaya semakin malap dan kita akan tertinggal jauh nun di belakang.
Percaya pada diri, percaya pada kebolehan dan potensi diri merupakan elemen penting untuk penentuan arah tuju kehidupan. Sebagaimana Allah telah berfirman: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya….” (QS. Al baqarah :286).
Trust yourself, trust your potential...usahalah menjadi yang terbaik agar dapat bermanfaat kepada manusia disekeliling!.
Wallahua'lam.
Nor Radhiah Binti Chee
Comments
Post a Comment