Meletakkan Kepercayaan Pada Diri

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat...


Hari ini nak share sedikit berkaitan dengan meletakkan kepercayaan pada diri.
Kita akan mampu pergi jauh, apabila kita memberi kepercayaan kepada diri kita. Memberi kepercayaan bermaksud kita memberi izin terhadap diri kita bahawa kita mampu melakukannya. Dengan keizinan inilah kita akan mula sedar tentang potensi pada diri. Jika digilap bersungguh-sungguh, InsyaAllah ia memberikan sinar dalam kehidupan bahawa kita mampu membuat yang terbaik untuk diri.
Kegagalan itu biasa. Kerana kegagalan adalah jalan-jalan untuk menemui kejayaan. Dengan kegagalan kita akan sentiasa berusaha...berusaha menambah ilmu, berusaha menambah kemahiran. Kegagalan juga memberikan pengalaman. Pengalaman yang mahal yang mendewasakan kita.

Nor Radhiah Binti Chee

Comments

Popular Posts