Setiap Kesukaran Pasti Ada Kemudahan
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Terasa diri kerdil bila mengenang kebesaran
Allah SWT. Allah Maha Pencipta Maha Tahu segalanya tentang maklhluk ciptaanNya.
Manusia itu sifatnya selalu berkeluh kesah
dan Allah juga Maha Tahu tentang itu. Allah sediakan jawapan tatkala hati resah
memikirkan keadaan diri dan kehidupan yang dijalani. Terasa sukarnya seperti di
dunia ini kita erkeseorangan…Ketahuilah setiap kesukaran yang kita hadapi itu adanya
kemudahan yang manis dipenghujungnya. Banyak dialog-dialog Allah yang
memberitahu hal itu, antaranya “Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah
kesempitan” (QS. Ath Tholaq: 7).
Janji Allah ini ditegaskanNya berkali-kali
dalam surah yang sama iaitu Surah Al Insyirah: “Karena sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan,” (Al- Insyirah: Ayat 5) dan “sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada
kemudahan.” (Al- Insyirah: Ayat 6).
Maha Penyayangnya Allah. Allah sudah mengkhabarkan
hal ini kepada kita. Ujian dan dugaan memang lumrah kehidupan. Bukanlah namanya
insan jika tiada cubaan dan ujian yang bertandang kepada kita. Allah nak uji seteguh mana
keimanan kita.
Bersabarlah sedikit masa lagi. InsyaAllah
janji Allah itu pasti. Lakukan yang sebaiknya sebagai hamba Allah. Tunaikan
perintahnya dan patuhi larangannya. Janganlah melampuai batas kerana itu juga akan
ada balasannya.
Berusaha dan berusahalah. Jika kita seorang
pelajar merasa peritnya belajar, usahalah lebih lagi untuk menghadapi ujian
sebagai pelajar. Orang yang kita lihat berjaya di hadapan kita juga pernah menghadapi
ujian sebagai pelajar suatu ketika dahulu. Jika mereka tidak bertahan, kita mungkin
tidak akan kenal mereka pada hari ini.
Jika kita ini seorang pekerja yang terasa
banyak beban tugas bekerja, usahalah membuat yang terbaik untuk tugas itu. Ingat,
itu amanah yang kita bersedia menerimanya ketika mula-mula kita diambil bekerja
dahulu. Jika sudah tidak mampu, carilah alternative lain yang boleh memberi
kepuasan untuk kita, usahalah ke arah itu. Kerana hal itu bersangkut paut pula
dengan keberkatan rezeki yang kita bawa pulang untuk keluarga. Fikirkan positif,
setiap kebuntuan ada jalan keluarnya.
Carilah kawan, teman untuk berbincang.
Luahkan persoalan dan minta pendapat mereka. Mungkin ada idea dan pandangan
dari sudut yang berbeza, yang kita tidak Nampak tetapi teman kita itu mampu untuk
menyatakannya. Ini akan memberi ilham pula kepada kita untuk bergerak
setapak demi setapak lagi kepada kejayaan yang Allah janjikan kepada kita,
Insya Allah dengan izin Allah.
Ingatlah…setiap kesukaran pasti ada kemudahan. Ingatlah
kesukaran sebenarnya adalah sebuah perasaan yang hadir dalam diri kita apabila
kita merasa hal itu sangat baru bagi kita, mungkin itulah pengalaman pertama
kita. Jika sudah biasa, kita tidak akan
merasa ia suatu kesukaran lagi, dan perasaan sukar itu juga sudah tidak terasa lagi.
Jadi, positifkanlah diri dalam menempuh hari-hari yang dipinjamkan Allah ini.
Allah berfirman tentang sifatnya, “Yang mengetahui semua yang ghaib
dan yang nampak; Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi” (Ar-Ra’du, Ayat 9). Buatlah
sehabis baik kerana Allah itu Maha Memerhati dan Maha Mengetahui gerak geri
kita.
#BicaraNrc4006
#Positifkandiri
#setiapkesukaranpastiadakemudahan
Comments
Post a Comment